Falsafah rundingbantu

Banyak memberi, banyak mendapat.
More you give, more you get


Monday, 6 June 2011

Salam Perkenalan


Assalamualaikum , Salam Sejahtera,  Welcome:
Sepanjang pengalaman saya semasa bekerja dengan agensi kerajaan dan berinteraksi dalam komuniti, sering bertemu dengan orang yang memerlukan bantuan, nasihat, tips, sokongan dalam pelbagai aspek kehidupan. 
Saya pasti  anda juga mengalami situasi yang sama. Ada masa, kita dapat membantu, dan kadangkala pertolongan yang dipohon diluar bidang kita. Walaubagaimana kerana kita ada rangkaian, kenalan atau networks pertolongan tetap dapat diberikan.
Blog rundingbantu ini  adalah saluran untuk membina perhubungan , berkongsi pengalaman,  pengetahuan dan mengwujudkan semangat serta rangkaian bantu membantu dalam apa jua aspek kehidupan.  Mungkin apa yang kita ada secara perseorangan adalah terbatas. Tetapi  secara kolektif atau jamaah terlalu besar mungkin mencapai ribuan ‘man-years”
Blog rundingbantu akan mengutarakan tips dan pengajaran  yang boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja termasuk dari golongan generasi muda sekarang.
Saya percaya, setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang baik juga. Sesuai dengan falsafah blog  rundingbantu iaitu  “ more you give, more you get” dan seperti rumah api “ membantu selagi termampu”  saya amat yakin Allah akan menrestui usaha mulia ini.